Kamis, 20 Agustus 2009

Maria....

pergilah kau...
kawinilah dia....
usah kau bimbang tentangku....
duniaku masih belum lagi berakhir walaupun kita
terpaksa berpisah buat selama-lamanya...
suatu hari nanti..
kepedihan ini akan berakhir jua..
sinopsis:
Maria seorang gadis jerman bermazhab Katholik. mengarungi liku-liku kehidupan sebagai seorang anak kepada ibu yang fanatik dengan mazhab tersebut dan ayah yang berfaham Aties.

namun kehendak ALLAH mengatasi segala-galanya. maria memilih islam sebagai pegangan hidup setelah mengalami episod pergelutan tiga penjuru (Islam,Kristian dan Aties).

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di sana beehasil menariknya ke jalan ALLAH, akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri setelah kematian tunangnya, Salwa. juga setelah Maria gagal dalam alam percintaannya dengan pemuda Turki bernama Muhammad. Perkawinanya dengan Abdul Wahab terhalang oleh kabar wujudnya semula Salwa. sekali lagi Maria terperangkap di antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan yang tidak pernah kenal arti belas kasih dari ibu dan adiknya.

mampukah Maria terus berdiri di atas niat murni demi kegemilangan Islam tanpa Abdul Wahab di sisi dan mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut kekufuraan.
penulis:
Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Masih menetap di sana (ketika buku ini diterbitkan). Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali karena karya-karyanya. Masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin (ketika buku ini diterbitkan)

Biodata Penterjermah:

Mohd ROfizi bin Dollah. Berasal dari Kampung Alor Majam, Bachok, Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar peringkat Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Arab dengan mendapat B.A (Hons) pada tahun 1997. Masih lagi meneruskan pengajian peringkat Sarjana dalam Jabatan Balaghah dan Kritikan di universiti yang sama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar